fbpx

Pelanggan wanita ‘terbawa’ pulang dulang milik restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto sebiji dulang yang dibawa balik ke rumah secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan wanita.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang tidak sengaja membawa pulang dulang dari sebuah restoran makanan segera mencuit hati pengguna media sosial.

Menurut perkongsian wanita itu di laman Twitternya berkata, dia telah berkunjung ke restoran itu untuk membungkus makanan, tetapi entah bagaimana dia terbawa pulang sebiji dulang dan hanya menyedari perkara itu sebaik sahaja tiba di rumah.

“Nak take away (bawa pulang) makanan tapi terbawa balik dulang. Sampai rumah baru sedar,” ciapnya.

Perkongsian wanita itu yang kini tular di media sosial berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama.

Ada juga pekerja ataupun bekas pekerja restoran makanan segera yang memaklumkan ramai pelanggan yang terbawa balik barangan dari restoran berkenaan.

“Dulu tak ada media sosial jadi tak tahu. Sekarang ramai juga mengaku, patutlah dulu kerja memang ada hilang dulang, botol sos dan macam-macam lagi,” kongsi Syafiq.

“Saya pernah terbawa balik nombor giliran. Sampai sekarang tak pulangkan lagi,” kata Dira.

“Ayah saya pernah terbawa balik bakul dari pasar raya, itu pun bila dah sampai rumah baru perasan,” kongsi Adib.

“Perkara sama berlaku pada saya baru-baru ini, semasa beratur untuk makan di sebuah restoran, saya diberikan papan untuk menulis menu. Entah bagaimana, saya terbawa balik papan itu. Sehingga sekarang masih simpan, belum ada masa untuk pulangkan,” kata Sardin.

Sehingga kini, ciapan itu telah mendapat lebih 9,000 tanda suka dan lebih 3,000 ulang kicau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI