fbpx

Lelaki dicekup angkara curi kasut jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek disyaki mencuri sepasang kasut di sebuah rumah di Kampung Tanjong Chenak, Slow Machang semalam.

PASIR MAS – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencuri sepasang kasut milik jirannya di sebuah rumah di Kampung Tanjong Chenak, Slow Machang di sini semalam.

Suspek yang berusia 29 tahun itu diberkas pada pukul 12.45 tengah malam selepas polis menjalankan serbuan ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa ditahan, polis terus menjalankan pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek namun, tidak menjumpai apa-apa barang salah.

Menurutnya, suspek kemudian menunjukkan sepasang kasut berjenama Off-White yang sedang dicari oleh anggota polis.

“Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku dia telah mencuri sepasang kasut itu yang merupakan milik jirannya.

“Pemeriksaan turut mendapati, suspek mempunyai sembilan rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah. Siasatan lanjut akan diteruskan sebaik sahaja polis mendapat perintah reman terhadap suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Honda C70 yang digunakan suspek semasa mencuri kasut dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI