fbpx

Giliran lagu raya The Gadys jadi siulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU raya kumpulan The Gadys iaitu Gadys Raya antara yang mendapat perhatian sempena Syawal tahun ini.

JIKA tahun lalu, gelaran lagu raya paling popular diberikan kepada kumpulan Dolla dengan Raya Raya Raya, kini takhta tersebut boleh diberikan kepada The Gadys.

Walaupun kumpulan tersebut masih baharu, namun lagu raya milik mereka iaitu Gadys Raya jadi perhatian.

Mengetengahkan muzik ala era 1970-an, The Gadys ternyata berjaya menambat hati ramai sehingga video lirik mereka mengaut hampir sejuta tontonan.

Rata-rata pendengar lagu tersebut memuji jenis muzik yang diketengahkan The Gadys. Malah, ada yang mencadangkan mereka sangat sesuai dengan rentak dangdut.

“Pada mulanya pelik dengar lagu ini tetapi Gadys Raya mengingatkan aura 1970-an dan 1980-an. Lama-lama dengar memang seronok. Tahniah!

“The Gadys kalau buat lagu dangdut mesti seronok,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI