fbpx

Aeril Zafrel si kaki parodi TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Aeril melakukan video parodi mencuit hati netizen yang terhibur.

SELAIN Bell Ngasri, Aeril Zafrel juga antara selebriti yang sering memuat naik video parodi lucu dalam akaun TikTok.

Sekali lagi mengundang tawa ramai, Aeril mencuri perhatian apabila merakam video parodi Aisar Khaled mengenai isu pesohor media sosial itu menayang wang tunai di dalam peti ais rumahnya.

Selain video tersebut, dia juga pernah ‘mengajuk’ semula aksi viral membabitkan Kak Long 7E dan Jerung Merah.

“Kau memerli nombor satu ya.

“Dia ini memang raja parodilah,” komen netizen.

Nampaknya, Aeril sudah ada jolokan baharu, mungkin selepas ini lebih banyak video lucu yang akan dimuat naik pelakon filem Sabda Kekasih itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI