fbpx
GAMBAR menunjukkan imej Matahari dari jarak dekat yang dirakam oleh Andrew McCarthy. - Instagram

Video keadaan di Matahari berjaya dirakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang pemerhati angkasa di Amerika Syarikat (AS) memuat naik satu rakaman video Matahari pada jarak dekat yang menakjubkan, lapor akhbar The Sun semalam.

Video yang dirakam oleh jurugambar Andrew McCarthy itu dimuat naik pada akaun Instagramnya bernama @cosmic_background.

“Ada pesta di Matahari tetapi anda tidak dijemput,’’ demikian menurut keterangan pada video berkenaan secara berseloroh.

Video itu dirakam menggunakan teleskop suria khas selama lima jam. Ia jelas menunjukkan gas mengalir keluar dari Matahari. 

Bagaimanapun, peminat angkasa lepas itu memberi amaran kepada orang lain untuk tidak melihat Matahari menggunakan teleskop sendiri.

“Jangan cuba ini melainkan anda tahu apa yang anda lakukan. Anda akan menjadi buta jika menghalakan teleskop ke Matahari,” kata McCarthy pada ciapan di akaun Twitter miliknya.

Video itu telah dipercepatkan daripada 1800x kepada 3600x untuk menunjukkan cara sesuatu komponen bergerak. Kamera juga dizum lebih jauh untuk memberi gambaran tentang saiznya berbanding Bumi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN