fbpx

EB tawar barisan produk bermutu tinggi buat pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk isi ikan dan breadcrumb terpilih untuk memberi pengalaman unik kepada pelanggan.

PETALING JAYA – Jenama makanan sejuk beku terkemuka, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) optimis dalam menawarkan pelbagai barisan produk bermutu tinggi buat pelanggan.

Buktinya, sepanjang lebih 27 tahun bertapak dalam industri makanan, EB telah memperkenalkan tujuh siri produk berkua­liti tinggi dan menjadi antara salah satu jenama paling pantas berkembang di negara ini.

Buktinya, produk-produk berasaskan siri ayam, siri steambot, siri dim sum, siri makanan laut, siri makanan Barat dan juga siri Jepun telah menembusi pasaran di 31 buah negara sejak diperkenalkan.

Bersesuaian dengan konsep cepat dan senang seiring dengan gaya hidup moden masa kini, EB menawarkan pengalaman istimewa yang mungkin tidak akan dilupakan pelanggan setiap kali menikmati barisan produk keluaran mereka.

Sebagai contoh, keistimewaan yang paling jelas dapat dilihat dan dirasai kepada peminat siri jejari berbanding produk pesaing lain dalam pasaran adalah EB menggunakan isi ikan dan breadcrumb terpilih untuk menghasilkan barisan produknya.

Produk tersebut termasuklah variasi kegemaran ramai seperti Fish Finger, Cheese Finger, Fish Chip , Fish Patty dan Golden Fish Chip.

Jejari ikan yang digoreng ranggup sesuai untuk memenuhi selera semua peringkat umur.

Tidak hairanlah jika barisan produk EB menjadi pilihan ramai dan mendapat tempat di hati pengguna kerana kesemua produknya sama sekali tidak mengandungi lemak trans.

Paling istimewa dan menggiurkan, kesemua barisan produk yang dikeluarkan EB adalah ranggup di luar, lembut dan juicy di dalam.

Buat mereka yang tidak mempunyai masa dan sibuk sepanjang hari, produk EB boleh disediakan dalam masa yang singkat tanpa dinyah beku.

Bagi menjamin kualiti produk terus terjamin, pihak EB sentiasa memastikan proses pengeluaran hingga pengedaran berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut standard serta piawaian yang ditetapkan.

Pengguna muslim juga tidak perlu lagi berasa ragu-ragu semasa memilih produk EB kerana semua produk diperakui halal oleh JAKIM, dihasilkan mengikut piawaian halal amalan perkilangan baik (GMP) dan Standard Audit Titik Kawalan Kritikal dan Analisis Bahaya (HACCP) bagi memastikan semua pengguna dapat membeli serta menjamu selera dengan lebih rasa yakin.

Pembelian boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu offline dengan mengunjungi pasar raya besar seperti Aeon, TF Value, Econjaya, Supermas, Nsk, Lulu Hypermarket dan beberapa lagi.

Pembelian bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang juga boleh dilakukan menerusi platform Shopee di (https://rb.gy/ohfoel) atau Lazada di (https://rb.gy/4nfuhj).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN