fbpx

Baju Melayu moden: Jangan menyimpang dari falsafah asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara fesyen pelik Baju Melayu yang direka oleh pereka fesyen tempatan.

PETALING JAYA – Musim fesyen Baju Melayu pelik kini sudah kembali, namun tahun ini nampaknya tidak seaktif tahun-tahun sebelumnya.

Kebiasaannya, jika hampir lebaran para pereka fesyen akan berlumba-lumba mengeluarkan hasil rekaan mereka bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Namun, rekaan-rekaan pelik Baju Melayu ini terus dikritik hebat kerana didakwa telah menyimpang daripada maksud ciptaan nenek moyang kita dahulu.

Menurut laman Keris Digital, setiap bahagian Baju Melayu tradisional sebenarnya mempunyai makna, falsafah dan asal usul di sebaliknya yang mungkin masih ramai tidak tahu.

Terdapat dua jenis reka bentuk Baju Melayu iaitu Cekak Musang dan Teluk Belanga, Cekak Musang mempunyai lima butang yang melambangkan Rukun Islam.

Dua butang di atas yang sedikit terpisah membawa makna mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan solat fardu lima waktu.

Tiga butang selebihnya pula bermaksud berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

“Sekiranya hanya tiga butang sahaja dipakai maka falsafah menegakkan Rukun Islam melalui pemakaian tidak tercapai.

“Baju Melayu Teluk Belanga pula hanya mempunyai satu butang melambangkan tauhid iaitu mempercayai tuhan yang Esa manakala tiga saku yang berada satu di atas dan dua di bawah pula melambangkan Islam, akidah dan ihsan,” jelas laman tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI