fbpx

PDRM tidak pernah membuat rundingan kes Nicky Liow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicky (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah membuat sebarang rundingan (Plea Bargain) dengan mana-mana pihak dalam siasatan kes ahli perniagaan, Nicky Liow Soon Hee atau dikenali sebagai Nicky.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, tindakan siasatan yang diambil adalah telus mengikut undang-undang.

“Siasatan ini juga tidak melindungi kepentingan mana-mana pihak. Arahan pertuduhan juga dilaksanakan seperti diarahkan Pejabat Peguam Negara.

“Nicky Liow semalam telah hadir menyerah diri di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan seterusnya telah ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, 15 Mac 2021, PDRM telah memulakan siasatan terhadap Nicky berhubung penglibatannya dalam kes jenayah terancang sebelum 68 serbuan dilaksanakan untuk menahan Nicky dan ahli kumpulannya di sekitar Selangor namun dia berjaya melarikan diri.

“Sementara pada 9 April 2021, 15 ahli kumpulan Nicky Liow telah dituduh di bawah Seksyen 130 V Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Petaling jaya dan tarikh sama Nicky dituduh atas kesalahan sama secara In-Absentia.

“Pada 30 September 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah melepaskan tanpa membebaskan Nicky Liow bagi kes jenayah terancang ekoran permohonan dari pejabat peguam negara bagi menunggu siasatan melibatkan kesalahan Pengubahan Wang Haram dilengkapkan.

“Pada 23 Februari tahun ini, peguam Nicky telah memfailkan rayuan dan berjaya mendapatkan perintah Dibebaskan dan Dilepaskan (DNA).

Tambah Mohd. Kamarudin, Jabatan Peguam Negara pada 8 Mac lalu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan atas keputusan mahkamah tinggi Shah Alam yang membebaskan dan melepaskan Nicky Liow.

“Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Nicky melalui peguamnya telah menghantar sepucuk surat kepada polis dan menyatakan kesediaannya untuk menyerah diri.

Pada 23 Mac lalu, sebanyak 26 pertuduhan difailkan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ke atas Nicky.

Waran tangkap juga telah diperoleh bagi memastikan Nicky Liow tidak terlepas dari sebarang pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI