fbpx
Tangkap layar menunjukkan pencuri dibelasah oleh wanita separuh umur kerana mencuri telefon bimbit. – Istimewa

Dua mak cik belasah pencuri sampai lembik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Dua ‘mak cik’ di wilayah Kalimantan Selatan membelasah dua pemuda sehingga lembik kerana mencuri telefon bimbit milik mereka, lapor laman berita Kompas semalam.

Berdasarkan klip  video yang tular, wanita-wanita tersebut memukul dan menyerang dua lelaki itu sehingga mereka tidak berdaya untuk melawan.

“Kejadian  berlaku Ahad lalu ketika waktu malam. Ia dirakam di sebuah kedai di Desa Simpang Tiga, Banjar,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banjar, Iptu Suwarji.

Menurut Iptu, sejurus mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut, pihaknya memanggil kedua-dua wanita berkenaan untuk memberi keterangan.

“Berdasarkan keterangan, kedua-duanya berkata bahawa lelaki yang dibelasah itu mencuri telefon bimbit milik mereka,” ujarnya.

Tambah Iptu, kedua-dua wanita itu bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana berasa kasihan terhadap kedua-dua suspek.

“Mereka enggan membuat laporan polis kerana kasihan suspek tidak dapat beraya jika dimasukkan ke dalam lokap,” kata Iptu. – AGENSI 

POPULAR