fbpx

Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi seorang wanita memukul seorang pencuri yang didakwa mencuri telefon bimbit. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang wanita memukul dan menewaskan seorang pencuri yang disyaki mencuri telefon bimbit, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @kabarnegeri itu dirakam oleh salah seorang saksi kejadian.

Kejadian dikatakan berlaku di Mataraman, daerah banjar di Kalimantan Selatan.

Menerusi video tersebut, seorang wanita berbaju biru dilihat memukul seorang pencuri sambil dikelilingi orang ramai yang menyaksikan kejadian.

Pencuri itu pada mulanya melawan, namun wanita itu kemudian menjatuhkan lelaki itu ke tanah dengan menggunakan teknik gusti ‘smackdown’ . 

Ketika wanita tersebut terus menendang pencuri yang terbaring di lantai itu, seorang lelaki dilihat cuba menenangkannya, namun dia ditolak ke belakang.

Video tersebut kemudian mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Rasa macam mimpi bila pencuri kena pukul,’’ tulis seorang netizen.

“Semoga pencuri itu akan berputus asa,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI