fbpx

Jonghyun sentiasa dalam ingatan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONGHYUN

PEMERGIANNYA sudah hampir lima tahun berlalu, namun memori dan semangat yang ditinggalkan mendiang penyanyi Jonghyun sentiasa segar dalam ingatan peminat serta rakan-rakan karibnya.

Sempena ulang tahun kelahirannya pada 8 April lalu, media sosial dibanjiri dengan ucapan dan kerinduan peminat terhadap penyanyi kumpulan SHINee itu.

Rakan-rakan sekumpulannya iaitu Onew dan Key tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir buat mendiang dengan berkongsi hantaran istimewa dalam Instagram masing-masing.

“Artis terbaik dalam hidupku,” tulis Onew yang memuat naik gambar lama bersama mendiang.

Sementara itu, Key mencuri perhatian apabila berkongsi video lucu memaparkan mendiang sedang menyuap sekeping biskut atau roti yang besar ke dalam mulutnya yang menganga luas.

“Abang, semakin berkurang video dan foto yang boleh saya muat naik sekarang. Ini adalah hari yang paling saya rindukan awak.

“Selamat hari lahir. Saya kongsi imej awak yang cantik sebab sangat rugi menontonnya seorang diri. Saya sayang awak,” tulis Key.

Tidak ketinggalan, akaun Instagram rasmi kumpulan SHINee turut memuat naik gambar lama Jonghyun ketika membuat persembahan di sebuah acara beberapa tahun lalu berserta kapsyen tarikh lahirnya.

Jonghyun meninggal dunia pada 18 Disember 2017 selepas ditemui tidak sedarkan diri di apartmennya di Gangnam-gu, Chungdam-Dong, Seoul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI