fbpx

Jeti dibina menggunakan kayu belian RM9,000 semeter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeti yang berharga RM50,000 dibina menggunakan kayu belian.

PETALING JAYA – Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri menjelaskan harga bagi pembinaan jeti kayu bernilai RM50,000 yang menjadi pendebatan ‘hangat’ di media sosial semalam adalah wajar.

Ini kerana kata mereka, jambatan yang terletak di Kampung Mutap, Bekenu, Miri itu dibina menggunakan kayu belian yang bermutu tinggi dan harganya pula mahal.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, JKR Bahagian Miri berkata, selain penggunaan kayu belian, pelbagai faktor diambil kira.

Antaranya ialah keadaan laluan ke Kampung Mutap, logistik dan langkah keselamatan berikutan kawasan itu dipenuhi buaya.

Menurut kenyataan itu lagi, kayu belian yang digunakan pula bernilai RM9,000 semeter, lebih rendah daripada kadar harga pasaran.

“Pembinaan jeti itu pada mulanya dicadangkan mengguna keluli tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi, Ketua Kampung Mutap, Sediah Abdullah menolak cadangan itu dan memilih jeti belian sebagai ganti.

“Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan foto satu jeti kayu sepanjang 15 meter melalui Projek Siap, Bina Baru Jeti Kampung Mutap, Miri, Sarawak tular di media sosial.

Menjadi persoalan ramai apabila struktur jeti yang dibina menggunakan kayu dengan ukuran lebar satu meter dan panjang 15 meter itu memakan kos sebanyak RM50,000.

Melalui Facebook Corporate Communication JKR Sarawak, tempoh mula projek ini adalah pada 7 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 1 April 2022.

Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI