fbpx

China, Filipina mahu kekalkan keamanan di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUTERTE (kiri) berjabat tangan dengan Jinping ketika mengadakan pertemuan di Beijing pada 25 April 2019. - AFP

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping dan mengadakan perbincangan mengenai keperluan untuk mengekalkan ketenangan diplomatik di laluan perairan Laut China Selatan, lapor laman berita RT kelmarin.

Perbincangan itu berlangsung menerusi satu mesyuarat secara panggilan telefon selama sejam, Jumaat lalu.

“Kedua-dua pemimpin menekankan keperluan untuk melaksanakan semua usaha dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan dengan menahan diri, menghilangkan ketegangan dan mengusahakan rangka kerja yang dipersetujui bersama untuk kerjasama yang berfungsi,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Duterte.

Jelas kenyataan itu, dua pemimpin berkenaan sanggup memperluaskan penglibatan yang positif meskipun wujud pertikaian antara kedua-dua negara.

Manila dan Beijing pada bulan lalu bertelagah mengenai insiden kapal Pengawal Pantai China yang didakwa melakukan pelayaran jarak dekat di Laut China Selatan kerana dilihat mampu meningkatkan risiko pelanggaran. 

Ia adalah kes terbaharu daripada sejumlah 200 kes yang difailkan Manila berhubung aktiviti negara jirannya itu di laluan air yang menjadi rebutan tersebut.

Kedua-dua negara berkenaan telah menuntut hak ke atas Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan menguntungkan dengan aliran tunai mencecah AS$3 trilion (RM12.6 trilion) pada setiap tahun.

Jinping dalam pada itu secara khusus menyatakan persetujuan kedua-dua negara dalam mengendalikan pertikaian mereka di Laut China Selatan dengan menegaskan bahawa keselamatan serantau tidak boleh dicapai dengan mengukuhkan pakatan ketenteraan, demikian menurut agensi berita Xinhua. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI