fbpx

Pesawat MH2664 alami kegagalan ‘pitot-static-system’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Laporan awal siasatan insiden pesawat Malaysia Airlines Bhd. (MAB) penerbangan MH2664 mendedahkan pesawat itu mengalami kerosakan pada ‘pitot-static-system’.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Chester Voo berkata, laporan awal itu diperolehi menerusi data yang diekstrak daripada Perakam Data Penerbangan (FDR) pesawat berkenaan.

Beliau berkata, sistem (pitot-static-system) itu adalah instrumen penting bagi mengukur perbezaan tekanan untuk menentukan kelajuan dan ketinggian udara ketika pesawat berada di udara.

“Kegagalan sistem itu juga boleh menghasilkan petunjuk kelajuan palsu di atas pesawat yang akan mengakibatkan pesawat itu boleh menjunam dan nyahaktifkan autopilot.

“Sebagai tindak balas kepada insiden itu, juruterbang pesawat sudah bertindak dengan betul dan mengambil tindakan segera bagi mendapatkan semula kawalan pesawat.

“Ia penting bagi memastikan pesawat itu berada di bawah kawalan berdasarkan baki petunjuk tepat dengan menggunakan baki instrumen,” katanya.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI