fbpx

Isteri terlepas tali gantung bunuh suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Hidayah terlepas hukuman gantung atas dakwaan membunuh suaminya lima tahun lalu.

MUAR – Seorang wanita menangis kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi Muar, di sini, mengetepikan hukuman gantung sampai mati ke atasnya bagi kesalahan membunuh suaminya, lima tahun lalu.

Tertuduh, Nur Hidayah Abdullah, 22, hanya mampu menzahirkan rasa sebak sebaik mendengar keputusan oleh Pesuruhjaya Kehakimanan, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Awang Armadajaya dalam hujahnya berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi tertuduh yang melakukan kesalahan ketika masih dibawah umur iaitu pada usia 17 tahun.

Menurut beliau, tertuduh ditakrifkan sebagai kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan tidak boleh dijatuhkan hukuman mandatori.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan penjara selama yang diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana kesalahan dilakukan di dalam negeri ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan dan Sultan Johor untuk sebarang keringanan hukuman atau memendekkan tempoh tahanan kepada tertuduh.

Selepas mendengar rayuan daripada peguam bela dalam prosiding berkenaan, Awang Armadajaya menasihati Nur Hidayah untuk menjadi insan lebih baik kelak setelah mendapati kehidupan lalu wanita itu penuh dengan duka dan kesukaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI