fbpx

LZS salur RM2 juta imarah masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (dua kanan) dan Mohd. Shahzihan (dua kiri) pada majlis simbolik penyerahan sumbangan itu.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan berjumlah RM2 juta kepada 492 masjid dan surau di negeri ini bagi program pengimarahan sempena Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, sumbangan itu melibatkan sebanyak 262 masjid dan 230 surau.

“Bersempena program Ihya’ Ramadan Masjid dan Surau Negeri Selangor itu, semua masjid itu akan menerima sumbangan maksimum sehingga RM5,000.

“Surau pula menerima sumbangan sehingga RM3,000 bagi menggerakkan aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan ini,” katanya selepas simbolik penyerahan sumbangan itu kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad.

Jelas Mohd. Sabirin, masjid dan surau antara institusi yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih dua tahun penularan pandemik Covid-19.

“Justeru, manfaat wang zakat diharap  membantu masjid dan surau menghidupkan lagi program keagamaan dalam komuniti setempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI