fbpx

Peminat wanita nak jadi ‘dewi’ sebab Nadhir Nasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADHIR NASA

BARU tayang episod pertama, namun kebencian penonton terhadap watak Erfhan lakonan Nadhir Nasar dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta sudah meluap-luap.

Kehebatan lakonannya berjaya mengumpul lebih ramai peminat dalam kalangan wanita sehingga ada yang mahu menjadi ‘dewi’ dalam hidupnya!

Semuanya gara-gara video TikTok Nadhir menyanyikan lagu Dewi sehingga mencairkan hati ramai pengikut wanita.

Lebih membuatkan video tersebut dramatik ialah rambut panjang Nadhir yang beralun-alun kerana tiupan angin.

“Rasa nak tukar nama jadi Dewi selepas ini, cair.

“Sebab watak Erfhan, terminat pula dengan Nadhir. Kejam tapi suka,” komen netizen.

Kesimpulannya, tidak kiralah watak jahat atau baik, jika hebat berlakon pasti akan diminati ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI