fbpx

Pemandu e-hailing curi seluar dalam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi seorang pemandu e-hailing mencuri seluar dalam wanita di sebuah rumah. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang pemandu e-hailing dirakam mencuri seluar dalam wanita di sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik ke dalam akaun Instagram bernama @infokejadian_semarang. 

Menerusi klip video berkenaan, seorang lelaki berjaket hijau dilihat berada di kawasan sebuah rumah pada waktu malam.

Lelaki berkenaan dilihat berdiri berhampiran ampaian kemudian mencuri seluar dalam milik seorang penghuni rumah tersebut. Dia seterusnya memasukkannya ke dalam jaket yang dipakai. 

Lelaki itu kelihatan beberapa kali menoleh ke kiri dan kanan untuk memeriksa keadaan sebelum kemudiannya beredar. 

“Pelik betul kelakuan orang zaman sekarang, hairan,’’ demikian kapsyen pada muat naik tersebut.

Video itu kemudian mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Fetish ya,’’ tulis seorang netizen.

“Hati-hati tetap waspada,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI