fbpx

FAM tidak terima aduan KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGADIL melayangkan kad merah kepada Kenny Pallraj pada perlawanan Liga Super antara KL City dan JDT di Stadium Kuala Lumpur, Cheras Rabu lepas. –SHIDDIEQIIN ZON

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan tidak menerima sebarang bantahan daripada Kuala Lumpur City (KL City) yang mempertikaikan keputusan pengadil pada aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Khamis lepas.

Pada aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, pengendali Bojan Hodak mengakui, keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Kenny Pallraj telah menjejaskan tempo anak-anak buahnya sehingga tewas dengan keputusan 0-3.

Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman berkata, laporan yang diterima daripada Penilai Pengadil menyatakan tiada ke­salahan dilakukan oleh pengadil aksi tersebut, Razlan Joffri Ali.

“Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa tiada kesalahan dilakukan dalam membuat keputusan untuk me­layangkan kad merah kepada pemain KL City, Kenny Pallraj,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, FAM me­ngakui sedang menilai keputusan pengadil pada perlawanan melibatkan Kedah Darul Aman (KDA FC) menentang Sri Pahang.

“Penilai Pengadil menyatakan terdapat kesalahan oleh pengadil dalam membuat beberapa keputusan termasuk membatalkan jaringan Sri Pahang.

“Biarpun tidak menerima aduan daripada Sri Pahang, jawatankuasa telah melakukan siasatan, penelitian dan analisis menerusi rakaman video dan mendapati, memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai perlawanan.

“FAM akan mengambil tindakan tegas termasuk penggantu­ngan daripada tugasan perlawanan terhadap pegawai perlawanan tersebut,” katanya.
FAM turut menerima surat bantahan Selangor FC yang tidak berpuas hati dengan layangan kad merah kepada pemain import, Yazan Al-Arab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI