fbpx

MKI jelaskan status terkini Tarekat Naqsyabandiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Zahidi

PUTRAJAYA – Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) menjelaskan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim Alhaqqani dibenarkan untuk diamalkan oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat.

Pengerusi Jawatankuasa MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, status terkini tarekat itu diputuskan MKI kali ke-117 pada tahun 2020 selepas kajian semula dibuat.

Beliau berkata, oleh itu, keputusan terdahulu pada tahun 2000 berkaitan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah itu tidak lagi terpakai.

“Bagaimanapun, dalam melaksanakan keputusan ini ia tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Wan Zahidi berkata, pihaknya menjelaskan perkara tersebut memandangkan terdapat kekeliruan pihak media dalam melaporkan perkara itu sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengeluarkan kenyataan bertarikh 2 April 2022 berkenaan status terkini tarekat berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI