fbpx

[VIDEO] Ebit bantu bina rumah baharu adik Akid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Akib dipeluk oleh Ebit di rumahnya di Kelantan pagi tadi.

PETALING JAYA – Kisah duka seorang budak lelaki bergelar Akid yang hidup serba kekurangan di samping keluarganya di Kota Bharu, Kelantan yang tular sejak semalam mendapat perhatian hari ini.

Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi berjanji akan membina rumah baharu buat keluarga Akid.

“Syukur kami akan bina rumah baharu untuk Akid. Beli semua barangan untuk buat rumah baharu dua jam selesai.

“Selepas subuh saya keluar rumah pukul 7.30 pagi tadi ke Kota Bharu (dari Subang). Terus ke rumah adik Akid, ” jelas Ebit.

Ebit Lew membeli pakaian kepada Akib hari ini.

Tambah Ebit, melihat Akid sedih dan menangis di hadapannya, Ebit menjelaskan bahawa dia adalah insan biasa yang suka menolong orang lain.

“Saya orang biasa sahaja adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik.

“Tadi pun semua ada bersama. Terima kasih Penghulu, orang kampung, Imam, badan bukan kerajaan (NGO), kak Raja Anita, Abang Amran. Terima kasih MyFundAction viralkan video dan kru Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, ” ujarnya.

Semalam tular video di media sosial MyFundAction mengenai kesusahan adik Akib yang terpaksa bekerja bagi mencari sesuap nasi. Rumah yang didiami bersama keluarga juga hampir roboh disebabkan rosak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI