fbpx

Nelayan Rusia temui ‘anak naga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan naga atau chimaera yang ditemui nelayan Rusia di perairan Norway baru-baru ini. - Jam Press

MOSCOW – Seorang nelayan Rusia menemui sejenis makhluk laut yang mempunyai rupa seperti seekor anak naga, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Roman Fedortsov, 39,  menangkap  ikan kod, haddock dan tenggiri menggunakan pukat tunda komersial dan kadangkala,  pukatnya mencapai kedalaman sehingga 914 meter di bawah permukaan laut.

Aktiviti menangkap ikan  laut dalam itu menyaksikan Fedortsov kerap menemui haiwan  aneh dan yang terbaharu, makhluk laut  itu  yang digelar sebagai ‘anak naga baru menetas’ oleh pengguna media sosial.

Haiwan itu bagaimanapun dikenal pasti sebagai chimaera iaitu  ikan rawan atau juga  jerung hantu.

Fedortsov turut menemui makhluk laut lain yang kelihatan  mirip dengan burger keju dan donat.

Itu hanyalah tiga daripada pelbagai spesies laut pelik dan indah yang ditemui oleh Fedortsov. Dia menjadi sensasi di internet kerana kerap  memuat naik gambar hidupan laut luar biasa.

Fedortsov menemui kebanyakan hidupan unik itu di laut Norway dan Barents,  utara Rusia. 

“Semua jenis ikan cantik dengan cara tersendiri. Saya tidak menganggap hidupan ini menakutkan atau hodoh,” kata Fedortsov. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI