fbpx
ORANG ramai perlu lebih waspada sebelum membuat sebarang pinjaman daripada syarikat tidak berlesen.

Raya sekali, tanggung beban bertahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keseronokan menyambut Hari Raya Aidilftri cuma sebulan, tetapi beban perlu ditanggung untuk membayar balik pinjaman bertahun-tahun.

Itu antara pengakuan seorang kakitangan eksekutif sebuah pasar raya di Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 45, kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, dia membuat pinjaman RM10,000 daripada sebuah institusi kewangan kira-kira lima tahun lalu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ketika itu saya memerlukan wang antaranya untuk ubah suai kabinet dapur, beli langsir dan beberapa perabot baharu sempena Hari Raya Aidilftri.

“Memang meriah waktu itu dan kami sekeluarga meraikannya selama sebulan. Selepas itu, baru saya sedar hutang ini perlu dilangsaikan untuk tempoh yang panjang dan sampai sekarang belum selesai,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan sebuah bank di ibu negara yang mahu dikenali sebagai Jaz, 42, mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati jika menerima khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan pinjaman wang.

Menurut beliau, pihak bank tidak akan menghantar SMS yang menggunakan perkataan ‘tawaran pembiayaan daripada bank tempatan’ dan tawaran melalui SMS seperti itu kebia­saannya dibuat oleh ejen.

Jelasnya, orang ramai dinasihati terus hadir atau menghubungi bank terdekat jika mahu membuat sebarang permohonan pembiayaan.

“(SMS) ini dari ejen. Kalau dari bank kami akan mention nama bukan, bukan sebut local bank,” jelasnya.

Seorang lagi kakitangan sebuah bank, Mal, 42, berkata, orang ramai perlu berhati-hati supaya tidak terpedaya antara ejen pinjaman wang berlesen atau tidak berlesen.

“Kedua-duanya pun guna SMS. Bimbang jika mereka menipu konon pinjaman bank tidak lulus dan sarankan pinjam daripada pinjaman lain yang sebenarnya along,” ujar Mal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN