fbpx

9 pilihan menu utama berbuka puasa di restoran Kojo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada hidangan lazat yang ditawarkan kepada pelanggan di restoran Kojo.

CYBERJAYA – Restoran Kojo menawarkan pengalaman menarik untuk pelanggan menikmati juadah berbuka puasa dengan pilihan sembilan menu utama yang diolah cef berpengalaman dalam bidang masakan Asia, Barat dan Jepun.

Pengurus Restoran, Noratulakma Mokhtar berkata, dengan harga bufet RM69.90 seorang itu, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati hidangan utama tetapi juga pelbagai pilihan makanan daripada bufet yang disediakan termasuk air, kuih-muih serta pemanis mulut.

“Terdapat sembilan hida­ngan yang membuatkan pe­langgan pastinya rambang mata untuk membuat pilihan kerana ia berse­suaian untuk semua pe­ringkat umur.

“Bagi kanak-kanak, mereka mungkin suka menu mac & cheese with crispy chicken wing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada prebiu juadah Ramadan di restoran Kojo di Tamarind Square di sini.

Noratulakma menerangkan, antara pilihan hidangan utama lain adalah nasi ‘10 gram’ with deep fried whole leg and sambal, 12 hour smoked beef brisket with bbq sauce, roast chicken leg with rosemary sauce, nasi mi­nyak dengan ayam percik dan papadom, kambing bakar dengan sambal hitam serta ikan ‘saba’ dengan sambal tumis dan budu.

Selain itu, bagi hidangan di meja bufet pula terdapat 15 hidangan lain sebagai pelengkap yang terdiri daripada kerabu dan salad, sup, kuih-muih dan minuman panas serta sejuk.

Lebih menarik, restoran yang terkenal dengan menu berkonsepkan makanan Jepun fusion itu turut membuka pilihan secara ala carte kepada pelanggan untuk menikmatinya ketika berbuka puasa.

Tambah Noratulakma, restoran yang telah dibuka satu setengah tahun lalu itu adalah salah satu jenama dalam kumpulan restoran 10 Gram. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI