fbpx

Swiatek dominasi Terbuka Miami 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK menepati ramalan sebagai pemain No.1 dunia apabila mudah menewaskan Osaka untuk menjuarai Terbuka Miami musim ini. – AFP

FLORIDA – Bintang tenis No.1 dunia, Iga Swiatek menepati ramalan apabila muncul juara kejohanan Terbuka Miami selepas menewaskan pemain Jepun, Naomi Osaka pada perlawanan akhir awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hard Rock itu, Swiatek menampilkan aksi cukup bertenaga apabila mudah membenam cabaran Osaka menerusi kemenangan straight-set 6-4, 6-0 dalam aksi yang berlangsung selama satu jam.

Kemenangan tersebut sekali gus memperbaharui persete­ruan antara Osaka dan Swiatek selepas pemain dari Poland itu sebelum ini turut memenangi kejohanan Indian Wells yang berlangsung bulan lalu.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan bangga dapat bermain menentang Osaka. Ia merupakan penghormatan buat saya dapat bersaing dengan pemain sepertinya dan saya harap ini adalah permulaan untuk perseteruan baharu.

“Anda (Osaka) adalah inspirasi kepada saya dan sukan ini. Tenis memerlukan pemain seperti Osaka, jadi saya berharap agar dia akan terus bermain untuk tempoh yang lebih panjang,” kata Swiatek.

Pada masa sama, Osaka me­ngakui, sangat gembira dapat beraksi di pentas final selepas mengharungi situasi cukup sukar sebelum ini termasuk terpaksa menangani masalah kesihatan yang dialaminya.

“Tahniah kepada Iga (Swiatek) kerana anda berjaya meneruskan kecemerlangan dalam karier. Saya akan bekerja lebih keras selepas ini untuk melayakkan diri ke lebih banyak perlawanan akhir,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI