fbpx

Luahan Pembaca: Rugi masa lalu jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNA jalan di ibu negara sering terperangkap dalam kesesakan yang memakan masa berjam-jam. – GAMBAR HIASAN

Saudara pengarang,

PERALIHAN ke fasa endemik yang diumumkan kerajaan telah menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya.

Syukur kita semua sudah boleh keluar bekerja mencari rezeki secara normal dan tidak lagi perlu berkurung ketika dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Apa yang menjadi masalah ialah kerja-kerja menaik taraf jalan yang dilakukan oleh sebahagian kontraktor telah menyebabkan keadaan menjadi sesak ketika waktu puncak.

Jalan menghala ke Lebuh Raya Sungai Besi dari pusat bandar contohnya menjadi sesak teruk antara pukul 5 petang dan 8 malam kerana sebahagian jalan telah ditutup hingga menyebabkan ekornya sampai ke Petaling Jaya dan Ampang Jaya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.

Bertambah parah apabila kualiti jalan yang ditampal dibuat sambil lewa hingga menyebabkan pemandu perlu memperlahankan kenderaan dan menyebabkan kesesakan.

Hal ini perlu diselesaikan segera kerana memperuntukkan dua jam di atas jalan dari Petaling Jaya ke Sungai Besi adalah sesuatu yang merugikan.

Mungkinkah impian memandu dalam keadaan selesa di ibu negara adalah satu cita-cita yang tidak akan terjadi.

Anti sesak melampau,
Serdang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI