fbpx

Rita Nadira ‘masak’ dicaci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA NADIRA

RITA NADIRA. Sebaris nama yang indah dan cukup mudah melekat dalam fikiran semua.

Mungkin ramai belum mengenali secara peribadi siapa Rita Nadira yang sebenarnya, tetapi setiap lakonan watak dibawakannya cukup meninggalkan impak.

Mungkin namanya belum hangat selaku pelakon popular ketika ini, tetapi riak muka dan cara Rita menjiwai watak begitu terkesan dalam sanubari penonton.

Hinggakan ada yang sanggup melemparkan kata-kata kesat dan hinaan yang disifatkan keterlaluan kerana terbawa-bawa dengan emosi dek lakonan yang disampaikan wanita itu.

Jahat, perempuan jalang, anak babi dan banyak lagi. Demikian antara hinaan yang pernah dilempar ke mukanya tetapi terpaksa ditelan Rita bulat-bulat tatkala kerjaya seni lakonannya sedang mekar menumbuh.

PELAKON dan juga model ini mengakui tidak kisah digelar dan dikecam bertubi-tubi disebabkan watak antagonis yang dibenci ramai sejak bergelar pelakon.

Kata Rita, dia sendiri pada awalnya terkejut dan tidak pernah menyangka digelarkan dengan begitu banyak nama berunsur carutan dan hinaan.

“Memang tidak dinafikan, orang kenal saya menerusi watak-watak antagonis yang minta dimaki semua. Saya kalau tengok semula lakonan sendiri pun rasa benci, inikan pula penonton.

“Paling saya ingat ketika melakonkan watak Melissa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu, itu betul-betul meninggalkan impak tersendiri buat saya. Boleh dikatakan saya bermain dengan emosi waktu itu, tetapi pada masa sama saya puas dapat buat orang benci.

“Bukan hanya makian, cacian dan cemuhan menerusi ruangan komen dalam Instagram, tapi mesej peribadi (DM) pun bertimbun-timbun makian saya terima sampailah ke hari ini,” katanya kepada HibGlam.

SEPANJANG Ramadan, pelakon tinggi lampai berusia 25 tahun ini mengambil pendekatan memperlahankan sedikit karier seninya untuk beribadah bersama keluarga.

Bersedia, terbuka

Tambah Rita lagi yang memulakan kerjaya dalam dunia peragaan beberapa tahun lalu, dia sendiri pada awal lagi sudah bersedia untuk dikecam dan menjadi sasaran netizen melepaskan amarah mereka.

“Saya memang sudah bersedia untuk dikecam, dimarahi dan dilemparkan apa sahaja. Kata-kata kesat, makian, cemuhan, carutan dan apa sahaja.

“Manakan tidak, awal-awal masuk dalam dunia lakonan pun saya dah ditawarkan bawa watak antagonis. Jadi melalui cara itu saya dikenali penonton sampailah ke hari ini,” katanya.

Jelas wanita tinggi lampai itu lagi, dia sejujurnya gembira dan terbuka hati kerana sering ditawarkan watak sama walaupun terpaksa memekakkan telinga dan sentiasa bersedia untuk dicemuh.

“Saya terbuka apabila ditawarkan watak begini. Namun, saya percaya suatu hari nanti akan ada pengarah boleh beri saya watak lain juga.

AKUI Rita, jiwanya memang lebih ke arah watak-watak jahat dan dibenci penonton berbanding dengan personaliti baik yang dirasakan kurang sesuai dengan dirinya.

“Cuma buat masa ini, nama saya naik dan dikenali dengan watak jahat, jadi pengarah dah beritahu awal-awal untuk gunakan saya sepenuhnya bagi menjayakan watak-watak sedemikian mengikut naskhah mereka.

“Apa yang saya tahu, ramai penerbit nak saya kekal dengan watak-watak jahat itu untuk dua ke tiga tahun lagi,” ujarnya.

Akui pelakon berusia 25 tahun itu, bukan langsung tidak ada watak-watak baik, gadis kampung dan sopan pernah ditawarkan, tetapi percaturan tersebut langsung tidak menjadi, apatah lagi diterima penonton.

“Mungkin untuk beberapa tahun ini, akan ada watak lain kunjung tiba selain yang jahat-jahat saja.

“Pengarah yang kenal saya pasti tahu saya bagaimana. Mungkin laluan karier lakonan saya memang ditakdirkan dengan watak jahat,” katanya.

RITA tidak pernah menyangka kehadirannya dalam arena lakonan menaikkan namanya walaupun baru dua tahun menjinakkan diri sebagai anak seni. – SHIDDIEQIIN ZON

Fokus ibadah

Ditemui ketika majlis Program Ramadan bersama Astro baru-baru ini, Rita memberitahu sempena kedatangan bulan puasa, kerjaya seninya akan sedikit perlahan berbanding biasa.

Hal ini kerana jelasnya, dia akan memberi lebih fokus terhadap ibadah selama sebulan dan akan mula aktif kembali ke set selepas Aidilfitri nanti.

“Bila tibanya Ramadan, inilah masanya untuk saya berehat sebentar daripada aktiviti-aktiviti seni yang padat.

“Sama juga seperti tahun-tahun sebelumnya, saya memperlahankan rentak kerjaya untuk bersama dan beribadah seisi keluarga.

“Pun begitu, bukanlah bermaksud sepanjang 30 hari berpuasa, saya langsung tidak aktif dan tidur 24 jam sahaja. Ada juga beberapa hari yang saya akan keluar untuk kerja-kerja promosi,” ujarnya yang turut berlakon dalam drama Jangan Menangis Cinta bergandingan bersama hero Malaya terkenal, Remy Ishak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI