fbpx

Elak bawa anak ke bazar Ramadan bimbang jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (kanan) menyampaikan sumbangan kurma kepada pengunjung di Bazar Ramadan Jalan Raja Syed Thauphy, Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI – Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak kecil mereka khususnya bayi ke kawasan sesak seperti bazar Ramadan berikutan bimbang risiko penyebaran Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, biarpun negara kini memasuki peralihan endemik namun itu tidak bermakna bebas daripada ancaman bahaya Covid-19 sepenuhnya.

“Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai, kita dapati ramai pengunjung membawa anak -anak kecil mereka dalam tempat yang penuh sesak.

“Sebaiknya elak untuk bawa anak-anak kecil ini terutama bayi ke tempat yang sesak sebegini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan buah kurma kepada pengunjung di Bazar Ramadan Jalan Raja Syed Thauphy, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI