fbpx

Dicekup selepas joli RM1,365 kad ATM orang tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Rafidah (kiri) dan suspek (kanan).

KENINGAU – Seorang wanita ditahan selepas dipercayai berbelanja sakan menggunakan kad ATM yang ditemuinya tercicir dalam kejadian di Keningau, semalam.

Wanita berusia 33 tahun itu ditahan selepas didapati membelanjakan sebanyak RM1,365 daripada akaun pemilik kad terbabit di beberapa pasar raya serta stesen minyak di sekitar daerah Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, mangsa membuat laporan kehilangan kad ATM Bank CIMB miliknya yang dipercayai tercicir semasa berada di Keningau.

“Hasil semakan melalui aplikasi ‘CIMB Clicks’ mendapati wang didalam akaun mangsa berkurangan dan terdapat beberapa transaksi pembelian dibuat secara ‘Pay Wave’.

“Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil berjaya menahan seorang wanita tempatan.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mahu membeli barangan keperluan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Nor Rafidah turut menasihatkan orang awam yang tercicir kad ATM agar segera melaporkan kepada pihak bank bagi memastikan ia tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI