fbpx

Bank Islam, AKPK perkasa pengetahuan kewangan individu dan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. MUAZZAM (duduk, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir menandatangani MoU dalam majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memperluaskan program pendidikan pengurusan kewangan untuk individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kedua-dua pihak sebelum ini telah menjalankan program kerjasama rintis sejak bermulanya pandemik Covid-19 buat kakitangan di syarikat-syarikat panel Bank Islam dan ia mendapat sambutan menggalakkan dengan penganjuran lebih 60 sesi perkongsian ilmu.

Melalui MoU tersebut, wakil AKPK akan mendidik kakitangan syarikat panel dan pelanggan Bank Islam serta peserta program pendidikan kewangan AKPK tentang pengurusan kewangan yang baik melalui modul-modul yang dibangunkan secara bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya sedang mengorak langkah untuk meningkatkan peranannya sebagai penyedia produk dan perkhidmatan kewangan patuh syariah bagi memenuhi keperluan segenap segmen pasaran.

“Kami berhasrat memberikan khidmat nilai tambah melalui penyediaan khidmat rundingan dan perancang kewangan bagi membantu pelanggan membuat keputusan kewangan yang lebih baik dan bermaklumat.

“Ia juga diharapkan dapat memberi pencerahan berhubung penyelesaian kewangan yang ditawarkan oleh sektor perbankan di pasaran, seterusnya mencegah pelanggan daripada menjadi mangsa penipuan, jenayah siber atau agen pinjaman tidak berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI