fbpx

14 nyaris rentung rumah kongsi, kabin terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang hari ini.

KLANG – Seramai 14 pekerja asing nyaris rentung apabila tiga rumah kongsi dan dua kabin didiami mereka musnah terbakar di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika semua mangsa sedang tidur di premis tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3.36 pagi.

Katanya, 14 penghuni yang terdiri daripada warga asing sempat keluar menyelamatkan diri.

“Semakan mendapati pekerja asing itu bekerja di sebuah kilang memproses cerucuk konkrit.

“Api berjaya dipadamkan dalam tempoh empat jam dengan kemusnahan adalah sebanyak 80 peratus bagi lima premis,” ujarnya.

Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI