LONDON – Ibu bapa di Britain dinasihatkan agar melarang anak-anak mereka daripada menonton video patung beruang bernama Huggy Wuggy yang kini menjadi tular di laman TikTok, lapor akhbar The Sun, semalam.
Polis mengeluarkan amaran segera selepas kanak-kanak di negara itu dilihat melakonkan aksi beruang bergigi tajam itu di taman permainan sekolah.
Kartun yang menyeramkan itu menyanyikan lirik yang memiliki perkataan memeluk dan membunuh serta meminta penonton untuk menghembuskan nafas terakhir mereka.
Kanak-kanak dikatakan trauma selepas menonton video tersebut di TikTok yang bermula sebagai permainan teka-teki yang memaparkan Huggy sebagai watak penjahat mengintai pemain di kilang mainan.
“Terdapat video dan lagu yang dibuat oleh orang ramai dan ia muncul di seluruh platform YouTube dan Tik Tok menggunakan imej kartun beruang dengan gigi yang tajam.
“Video dan lagu ini adalah berkisarkan tentang ketakutan dan anda pasti tidak mahu anak-anak didedahkan dengan paparan sedemikian,” kata Pegawai Perlindungan Siber Polis Dorset, Chris Conroy. – Agensi