fbpx

Indonesia catat lonjakan pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong asing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali pada 3 Februari 2022. – AFP

JAKARTA – Seramai 18,500 pelancong asing memasuki Indonesia sepanjang Februari  tahun ini, meningkat sebanyak 21.9 peratus berbanding bulan sebelumnya, lapor laman berita Detik semalam.

Jika dibandingkan dengan Februari tahun lepas, lonjakan yang dicatatkan pula adalah 151.9 peratus.

Menurut Badan Pusat Statistik (BPS), angka  tersebut melibatkan pelancong yang masuk ke Indonesia melalui  pintu masuk utama.

“Bagi pintu masuk utama secara perbandingan dari  bulan ke bulan mahupun tahun ke tahun, kadar kemasukan pelancong asing menunjukkan trend peningkatan,” kata Ketua BPS, Margo Yuwono.

Bagi jumlah terkumpul untuk Januari dan Februari 2022, seramai 33,593 pelancong asing telah memasuki Indonesia, meningkat 259.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tambah Margo, daripada jumlah 18,500 pelancong tersebut, pengunjung dari China mencatatkan bilangan tertinggi dan diikuti oleh  Rusia serta Korea Selatan. Masing-masing merekodkan kadar 16.1 peratus, 6.8 peratus dan 6.3 peratus.

“Kalau kita lihat perkembangan atau pertumbuhan secara bulan ke bulan, kadar kemasukan pelancong dari China bertambah 29.11 peratus, Rusia meningkat 15.63 peratus dan Korea Selatan menaik 9.64 peratus,” kata Margo lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI