fbpx

Wanita sempat terjun kereta, elak jadi mangsa rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan mangsa selepas terjun dari kereta itu

PETALING JAYA – Seorang wanita nyaris menjadi mangsa rogol oleh seorang pemandu e-hailing dalam satu kejadian ketika dia mahu pergi ke tempat kerjanya.

Menerusi satu hantaran di Facebook Lokal Sabahan, berkata, rakannya terkejut apabila mangsa menyatakan dia hampir dirogol sebelum sempat keluar dari kereta itu.

“Sekitar pukul 9.01 pagi, saya menerima mesej dari rakan sekerja saya bahawa staf saya menangis-menangis dalam panggilan video.

“Saya berasa hairan, rupanya staf saya tidak datang kerja gara-gara dia hampir dirogol oleh pemandu e-hailing yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia,” katanya.

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan serta luka di beberapa bahagian anggota badan akibat melompat dari kereta itu bagi menyelamatkan dirinya.

“Jadi kepada orang ramai, hati-hati yem pesanan dari staf saya, kalau nampak pemandu ini jangan ikut.

“Kami juga sudah suruh mangsa buat laporan polis dan terus pergi klinik bagi membersihkan luka,” ujarnya.

Susulan daripada kejadian itu, media melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd. Rakman berkata, kejadian berlaku apabila mangsa berumur 19 tahun yang bekerja sebagai jurujual menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerjanya di Manggatal, Sabah, kira-kira pukul 9 pagi.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan, pemandu yang juga suspek mendakwa mengambil jalan singkat iaitu melalui jalan Kionsom disebabkan jalan sesak dan meminta mangsa untuk beralih ke tempat duduk hadapan.

“Suspek kemudian memegang peha mangsa sebelum mangsa memberi amaran agar tidak mengulangi perbuatan itu sebelum mengeluarkan pisau kecil dari begnya dan meminta wang daripada mangsa.

“Mangsa yang ketika itu dalam keadaan takut sekiranya dicederakan segera melompat keluar dari kenderaan yang sedang bergerak,” ujarnya.

Tambahnya, hasil semakan mendapati nombor pendaftaran kereta Axia itu dipercayai palsu dan didaftarkan terhadap sebuah kereta jenis sedan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI