fbpx

Dapat Fazura, Fattah menang, semua boleh balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH AMIN disifatkan menang besar kerana memang isterinya Fazura, bukan wanita yang mahu meniru gaya Fazura.

SEJAK kebelakangan ini, ramai menyahut cabaran TikTok dengan memuat naik foto pasangan yang dikatakan mirip dengan wajah selebriti terkenal.

Tidak ketinggalan menyertai cabaran tersebut ialah beberapa selebriti tanah air iaitu Fattah Amin dan Shukri Yahya.

Menerusi video yang telah ditonton lebih 1.5 juta kali itu, Fattah menulis kapsyen; ‘Isteri copy Fazura (tidak) manakala isteri Fazura (ya),’ membuatkan netizen terhibur.

“Okey cabaran ini Fattah menang sebab tiada siapa boleh lawan lagi.

“Semua yang lakukan cabaran ini sudah boleh balik, Fattah menang sebab isteri dia Fazura,” komen netizen.

Sebelum Fattah, isteri Shukri Yahaya, Tya turut melakukan cabaran serupa dengan memuat naik foto suami tercinta bersama kapsyen suami iras Shukri Yahya (tidak) tetapi suami ialah Shukri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI