fbpx

KPN berpuas hati dengan kawalan sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berpuas hati dengan situasi terkawal di semua pintu masuk utama sempadan negara yang mula dibuka pada hari ini.

Beliau dalam nada ceria turut gembira kerana orang ramai memberikan kerjasama kepada semua agensi bagi melicinkan urusan kemasukan ke negara ini atau pergi ke luar negara.

“Alhamdulillah, keadaan sangat terkawal dan saya bersyukur apabila tiada kejadian tidak diingini berlaku, malahan orang awam bekerjasama bagi melancarkan perjalanan,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan bersempena ulang tahun ke-11, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi EAIC, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, barisan pesuruhjayanya dan Ketua Pegawai Eksekutif, Norhayati Ahmad serta ketua agensi penguatkuasaan seliaan.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, secara umum tiada kesesakan yang luar biasa di sempadan darat kecuali di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru sejak lewat tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI