fbpx

Choo Ja-hyun dikecam teruk angkara kimchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOO JA-HYUK

AKTRES jelita Choo Ja-Hyun membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kontroversi makanan tradisional Korea popular, kimchi.

Kenyataan tersebut disampaikan Ja-hyun menerusi agensinya, BH Entertainment.

Mengakui kesalahannya, Ja-hyun berjanji akan lebih berhati-hati.

“Saya ingin memohon maaf kerana menimbulkan kontroversi ini ini. Sebagai seseorang yang sering berulang-alik membuat promosi di Korea Selatan dan China, saya sepatutnya lebih berhati-hati.

“Saya telah membuat carian untuk menyebut kimchi dalam bahasa Cina,” jelasnya yang turut memohon maaf kepada pihak lain yang terlibat secara tidak langsung dalam kontroversi itu.

Terdahulu, dia memuat naik klip video dalam media sosial China, SNS yang memaparkan dirinya sedang menikmati mi ramen bersama kimchi.

Bagaimanapun, kapsyen dalam klip video yang melabelkan kimchi sebagai ‘pao cai’ menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan Ja-hyun sengaja memperlekehkan makanan tradisi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI