fbpx

Warga asing rasuah polis RM50 didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh Kalu Sheikh,35, (kiri) dibawa keluar daripada mahkamah selepas mengaku bersalah merasuah polis di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukumam denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini kerana didapati bersalah memberikan rasuah berjumlah RM50 kepada seorang anggota polis pada Ahad lalu.

Tertuduh Kalu Sheikh,35, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Zamzani Mohd. Zain.

Menurut kertas pertuduhan tertuduh secara rasuah memberi suapan wang tunai berjumlah RM50 kepada Lans Koperal Muhammad Suhaimi Alyas yang bertugas di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan di hadapan JS Homestay Bandar Kuantan pada 27 Mac lalu.

Rasuah berkenaan adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas tertuduh kerana kesalahan di bawah Seksyen 53 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan dengan lesen tamat tempoh yang boleh dikompaun maksimum RM300.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kamariah Seman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh dikenakan denda RM1,500 dan jika gagal membayar denda dikenakan hukuman penjara selama dua bulan.

Mahkamah turut menetapkan agar wang tunai berjumlah RM50 dilucut hak kepada hasil negara melalui SPRM.

Tertuduh kemudiannya membayar denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI