fbpx

Polis Kelantan perlu tambahan anjing K9 kawal sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit K9 (kiri) yang digerakkan dalam mengukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang hari ini. - FOTO: YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Polis Kelantan memerlukan penambahan bilangan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengukuhkan lagi kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dalam usaha mengekang aktiviti jenayah terutama penyeludupan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini, pihaknya mempunyai tiga ekor anjing yang melaksanakan tugasan mengesan dadah, jenayah dan bom di seluruh Kelantan.

Menurutnya, beliau berharap kerajaan dapat menambah bilangan anjing khususnya di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara lain.

“Unit K9 banyak membantu kejayaan pasukan dalam membanteras pelbagai aktiviti jenayah berkait penyeludupan.

“Penggunaan anjing itu dapat mengesan kegiatan penyeludup yang sentiasa mencari pelbagai idea bagi menyembunyikan barangan salah yang dibawa mereka,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Memperkasakan Kawalan Sempadan Sempena Pembukaan Pintu Sempadan Negara di Zon Bebas Cukai di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI