fbpx

[VIDEO] Penghuni terkejut, individu serba putih tabur ‘sesuatu’ depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang individu sedang menabur sesuatu di hadapan rumah Ana.

PETALING JAYA – Seorang penghuni berdepan situasi mencemaskan apabila dia melihat seorang individu berpakaian serba putih berada di hadapan rumahnya.

Menerusi perkongsian Ana di Facebook, dia memaklumkan mula menyedari kehadiran individu terbabit sekitar pukul 2.45 pagi tadi kerana terjaga susulan mendengar bunyi enjin kereta.

Menjadi persoalan Ana, individu terbabit dilihat menabur sesuatu di hadapan rumahnya tanpa menyedari perbuatannya itu disedari oleh penghuni rumah.

“Ya Allah, apa yang kau lempar depan rumah aku pagi-pagi buta ini.

“Korang rasa apa yang dicampak ke rumah aku, kaki tangan aku menggeletar terkejut, semoga Allah lindungi aku, anak-anak dan suami dari perbuatan keji manusia,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Sehubungan itu, perkongsiannya telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya mula mempersoalkan motif sebenar tindakan individu tersebut.

Ada juga pengguna yang meminta agar Ana segera membuat laporan polis serta menunjukkan rakaman tersebut sebagai bukti.

“Baik cepat buat laporan polis, dah ada video, tunjuk sebagai bukti, risau tujuan individu tersebut tidak baik kepada keluarga awak,” kata seorang pengguna.

Selain itu, seorang pengguna lain turut beranggapan bahawa tindakan itu seolah-olah seperti sihir yang ingin diberikan kepada penghuni rumah.

“Saya rasa macam dia hantar sihir, lebih baik minta mana-mana ustaz datang bantu, zaman sekarang ini, masih ramai orang hati busuk guna cara seperti ini, dah tak tahu dosa pahala,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI