fbpx

Wanita kahwini pengiring bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS bercerai pada 2010, Desiree dan Bryant berkahwin pada 2012 dan mereka kini mempunyai empat cahaya mata. – LadBible

SPRINGFIELD, ILLINOIS – Seorang wanita dari negeri Illinois, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia telah berkahwin dengan pengiring kepada bekas suaminya selepas lelaki itu meluahkan perasaan cinta dalam sesi ucapan semasa perkahwinan pertamanya, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Desiree White, 32, dan bekas suaminya berkahwin pada 2010, dengan salah seorang rakan mereka, Bryant White menjadi pengiring pengantin pada majlis itu. 

Desiree yang merupakan seorang perancang perkahwinan telah bersahabat dengan Bryant sejak sekolah menengah dan mereka bertiga sejak itu menjalinkan persahabatan. 

Bagaimanapun, pada majlis perkahwinan Desiree, Bryant mengumumkan bahawa dia selalu mencintai wanita itu menerusi ucapan perkahwinan di hadapan 200 orang tetamu. 

Di hadapan dua kawan baiknya, Bryant juga berkata bahawa dia sedar Desiree akan menjadi miliknya ketika pertama kali mereka bertemu.

Setelah setahun kemudian, Desiree berkahwin dengan Bryant selepas berpisah dengan suaminya. Mereka kini mempunyai empat cahaya mata. 

“Bryant dan saya bertemu di sekolah menengah. Saya ketika itu mempunyai teman lelaki (bekas suami) dan jarang bercakap dengan orang lain. 

“Saya bercerita mengenai Bryant kepada bekas suami dan mencadangkan agar kami menghabiskan masa bersama. Sejak itu, Bryant dan bekas suami saya menjadi kawan baik dan selalu meluangkan masa bersama,” kata Desiree. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI