fbpx

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di Sabah pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk ini dilihat tertumpu sekitar Pedalaman (Nabawan), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).

“Ia dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terbaharu, berlaku kejadian banjir kilat di Cameron Highland, Pahang terutamanya di Bara Tea Kampung Sungai Ubi ekoran hujan sangat lebat selama kira-kira sejam pada petang semalam.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan ramalan cuaca terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI