fbpx

Pusat pembelajaran ALFA mahu buka 100 cawangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA –  ALFA And Friends (ALFA), pusat pembelajaran awal kanak-kanak dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, mengunjurkan untuk membuka 100 cawangan baharu di seluruh negara pada tahun ini.

Pengasas pusat tersebut, Ho Teh Eng berkata, pembukaan lebih banyak rangkaian baharunya itu akan memberi peluang kepada lebih ramai ramai kanak-kanak mempelajari bidang matematik dengan kaedah yang sebaiknya dan menyeronokkan.

Menurut beliau, pembelajaran syarikat memberi penekanan terhadap konsep  ‘7 Elements of Highly Effective Maths’ yang merangkumi kurikulum Singapore Maths yang terbukti terbaik di dunia  untuk memastikan mereka memahami konsep dan cara untuk menyelesaikan masalah. 

“Kami sangat mementingkan keseronokan dalam pembelajaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. 

Teh Eng menjelaskan, pusat pembelajaran si kecil dari usia empat hingga sembilan tahun itu telah memberi manfaat kepada lebih 60,000 kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, beliau menerangkan, kanak-kanak tidak memahami konsep matematik dan lebih cenderung untuk menghafal cara penyelesaian masalah. 

“Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan soalan. Anak-anak akan hilang minat terhadap subjek itu apabila mereka gagal memahami konsep dan tidak yakin dengan pengiraan dibuat. 

“Jika ibu bapa mahu menanam minat mereka terhadap subjek itu, ia perlu mula dari awal. Kini, terdapat pelbagai pilihan program matematik yang bersesuaian mengikut perkembangan umur anak-anak. Penting untuk ibu bapa membuat pilihan program yang tepat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI