fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di empat negeri dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, negeri yang terlibat ialah Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan kawasan Bentong, Bera dan Rompin manakala di Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Amaran tersebut turut melibatkan semua kawasan di Melaka dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong),” katanya di sini hari ini.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Tambah kenyataan tersebut, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI