fbpx

Perkeso ketengah program pemulihan secara dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pesakit yang sedang menjalani program rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi Perkeso (PRP) Tun Abdul Razak.

MELAKA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memaklumkan bakal mengetengahkan program pemulihan bagi pencarum yang mengalami kecacatan atau penyakit secara dalam talian melalui telesidang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Dr. Hafez Hussain berkata, program telerehabilitation secara online itu merupakan satu usaha selari dengan peralihan negara kepada fasa endemik bermula 1 April ini.

“Meski pun program terbabit telah dikembangkan sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19, program ini akan terus ditambah baik bagi memudahkan Orang Berinsurans (OB) mendapatkan rawatan.

“Kita juga akan menyediakan peralatan secara percuma kepada OB untuk kegunaan di rumah atau tempat kerja bagi memudahkan proses pemulihan serta terapi golongan terbabit,” ujarnya dalam sidang akhbar di Pusat Rehabilitasi Perkeso (PRP) Tun Abdul Razak, di sini semalam.

Jelasnya, usaha itu akan membuka ruang kepada OB yang sukar mendapatkan rawatan kerana kekangan kekosongan di pusat rehabilitasi selain pesakit dapat bekerja seperti biasa.

Sementara itu, Hafez turut memaklumkan bahawa Perkeso mempunyai perancangan untuk meningkatkan kapasiti sedia ada PRP Tun Abdul Razak di sini susulan senarai menunggu OB semakin tinggi namun hanya 381 buah katil disediakan setakat ini.

Sehingga kini terdapat enam buah PRP ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuk Ayer Keroh, Melaka, Ara Damansara, Selangor, Quill City Mall, Kuala Lumpur, Tanjung Pelepas, Johor, Kuala Terengganu serta Kubang Kerian di negeri Kelantan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI