fbpx

Papan tanda ‘rongak’ pula jadi kecaman pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan papan tanda yang daif yang dirakam pengguna jalan raya di sekitar Tunjong, Kota Bharu Kelantan semalam.

PETALING JAYA – Jika semalam, sebuah papan tanda jalan raya ‘menangis’ di kesan di sebuah kawasan di Selangor, namun hari ini pengguna sekali lagi berkongsi kedaifan tersebut.

Bezanya kali ini, ia tidak lagi menangis, tetapi telah ‘rongak’ sana sini dan membahayakan pengguna jalan raya sekiranya ia tertanggal sewaktu angin atau ribut.

Kedaifan papan tanda itu telah dikongsi di laman Facebook Kelantan State dan kini menjadi bualan pengguna media sosial yang lain.

Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Kelantan State itu, papan tanda berkenaan sangat daif sehingga sebahagiannya besi yang memaparkan nama tempat telah tertanggal.

Keadaan itu boleh mengelirukan pengguna jalan raya terutamanya kepada mereka yang sedang mencari arah atau tempat.

Difahamkan foto berkenaan telah dirakam seorang pengguna jalan raya dan lokasinya di hadapan sebuah pasar raya terkenal yang baharu di buka di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) membaiki segera papan tanda berkenaan.

Ini kerana ia bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah turut membahaya pengguna jalan raya kerana mungkin serpihannya akan jatuh mengenai orang awam.

“Mohon pihak berwajib laksanakan kerja masing-masing, janganlah buta mata buta hati,”tulis Anaz Nazif.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zam Md Nour.

“Kakitangan yang bertanggungjawab di majlis bandaran tak nampak atau buat tak nampak,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI