fbpx

Lelaki beri suapan RM5 juta direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibenar reman selama empat hari selepas dipercayai memberi suapan berjumlah RM5 juta sebagai balasan bagi syarikat di bawah kawalannya mendapat geran projek.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan projek bernilai RM132 juta membabitkan sebuah institusi berkaitan automotif di negara ini.

Suspek lelaki berusia 36 tahun itu dibenar reman selama empat hari oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 1 April ini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut sumber, suspek yang merupakan Penasihat Kanan sebuah syarikat dipercayai telah memberi suapan berjumlah RM5 juta sebagai balasan bagi syarikat di bawah kawalannya mendapat geran projek.

Jelas beliau, pihak SPRM turut dibenar melanjutkan penahanan reman seorang lagi suspek bergelar Datuk yang telah ditahan sebelum ini selama empat hari bermula esok sehingga 2 April ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut serta memaklumkan suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Kosmo! Online Khamis lalu melaporkan tentang penahanan reman sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung satu projek bernilai RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI