fbpx

Himpunan lintasan serentak bulan, 3 planet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar yang memaparkan kedudukan bulan dilintasi tiga planet berbeza serentak di angkasa. - Foto ihsan Facebook Falak Online

PUTRAJAYA – Penduduk Malaysia khususnya penggemar sains astronomi teruja apabila berpeluang menyaksikan himpunan bulan dengan tiga planet secara serentak di angkasa.

Fenomena alamiah falak itu dapat dilihat hanya dengan mata kasar dua hari berturut-turut pada waktu subuh semalam dan hari ini bermula seawal pukul 5 pagi sehingga 6.30 pagi.

Menurut pengasas laman sesawang astronomi terkenal tempatan, Falak Online, Shahrin Ahmad, ia melibatkan planet Zuhrah, Marikh dan Zuhal yang kurang 10 darjah dari bulan.

“Bulan tampak makin menipis (bentuk sabit) bergerak ke timur manakala tiga planet itu masih lebih kurang posisi yang sama,” jelasnya menerusi hantaran dalam akaun sosialnya.

Peristiwa nadir sebegini secara kelazimannya dirujuk sebagai syzygy seperti yang pernah direkodkan sekumpulan pengkaji angkasa La Silla Observatory di Chile pada 26 Mei 2013.

Ia juga disebut trio conjunction dan pernah direkodkan di Amerika Syarikat pada akhir Februari 2021, malahan digelar triple conjunction kerana berlaku tiga kali dalam hari berbeza.

Mengulas lebih lanjut, Shahrin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor berkata, Zuhrah, Marikh dan Zuhal telah melintasi kurang 10 darjah dari bulan semalam.

“Pada pagi ini pula jarak lengkung paling hampir antara Zuhrah dan Zuhal ialah dua darjah dari bulan serta berada di ufuk timur selepas subuh,” jelasnya melalui portal Falak Online.

Esok pula, lintasan itu hanya membabitkan bulan dengan Musytari sahaja yang juga boleh dilihat dengan mata kasar bermula pukul 6.30 pagi apabila planet itu 10 darjah dari bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI