fbpx
Gambar hiasan.

Zakat fitrah di Kelantan RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, individu yang ingin membuat bayaran sebanyak RM14 atau RM21 adalah digalakkan mengikut keselesaan berdasarkan harga beras yang dimakan oleh mereka.

Menurutnya, jumlah kadar zakat itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter baitulmal di masjid-masjid atau menerusi Maik e-Zakat melalui zakat.e-maik.my.

“Selain itu, bayaran zakat juga boleh dilakukan melalui semua institusi perbankan di negara ini yang dilantik Maik sebagai ejen kutipan zakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan, kadar nisab zakat harta bagi tahun ini telah ditetapkan sebanyak RM20,366 untuk haul antara Ramadan tahun 1443 hijrah hingga Ramadan tahun 1444 hijrah.

Katanya, Maik berharap kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum terhadap ketetapan itu dan bersama-sama menghidupkan Ramadan tahun ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat seperti yang difardukan. -KOSMO! ONLINE

POPULAR