fbpx

’16 tahun saya hidup, tak pernah raya dengan mak, ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video luahan seorang remaja yang merindui kasih sayang seorang ibu dan bapa kandung.

PETALING JAYA – Kehilangan insan tersayang pastinya menjadi peristiwa yang sukar dilupakan apatah lagi apabila ibu dan bapa kandung telah dijemput Ilahi ketika kita masih muda.

Kejadian ini turut dilalui oleh Rahman,16, apabila dia telah kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi dan langsung tidak sempat merasa asuhan serta kasih sayang daripada keluarga kandung.

Kisah remaja tersebut dikongsikan oleh pemilik akauan TikTok @myfundation dan telah tular di media sosial baru-baru ini.

“Siapa sangka disebalik perwatakan ceria dan rajin membantu orang lain, rupa-rupanya Rahman ini sedang memendam satu hajat sejak usianya masih kecil lagi,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, Rahman meluahkan perasaannya dengan mengatakan bahawa dirinya sekadar mahu merasakan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa.

“Dah 16 tahun saya hidup, saya tak pernah rasa beraya dengan mak atau ayah saya.

“Daripada kecil apa yang saya nak adalah kasih sayang mak ayah, saya memang terasa semua itu,” ujar Rahman ketika ditanya soalan oleh sukarelawan bertugas.

Namun, walaupun berstatus anak yatim piatu, Rahman sangat kuat menempuh kehidupannya dan dia akui dirinya reda dengan takdir Allah serta tetap bersyukur dijaga dengan baik oleh penjaganya.

“Allah takdirkan dalam hidup saya dengan ambil dua orang yang bermakna dalam hidup saya, saya reda.

“Mungkin saya tidak ada mak dan ayah, tapi saya jaga Ummi (penjaga) yang jaga saya, bagi saya makan, minum,” luahnya.

Sementara itu, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya tersentuh dengan luahan Rahman.

“Moga adik Rahman dikurniakan dengan ibu bapa mertua yang baik dan penyayang suatu hari nanti,” tulis Teeneela.

“Pada yang masih mempunyai ibu bapa, jaga dan kasihlah mereka sepenuh hati, saya pun sejak 12 tahun ibu ayah meninggal dunia sebab kemalangan, sangat sedih sebab tak mampu nak bermanja lama dengan mereka,” luah Aliah Sarah pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI